Sandakan

Tuesday, October 23, 2012 | comments



Sandakan adalah salah satu bandar yang utama di negeri Sabah.

Yang best tentang Sandakan ialah tempat ini memiliki tempat-tempat yang menarik untuk pelancong kunjungi contohnya :-

- Taman pemuliharaan orang utan Sepilok
-Taman Buaya
-Taman Pulau Penyu



Dan banyak lagi kalau anda ingin berkunjung ke Sandakan.

Sandakan juga memiliki sejarah yang sangat menarik.
Ketika awal 1870-an, pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu yang turut memerintah kawasan yang kini merupakanFilipina selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh William Clarke Cowie, seorang penyeludup senjata api berbangsa Scotland dari Glasgow yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya Sandakan, iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampung German" kerana bilangan besar orang Jerman yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh konsul Austria-Hungary Baron von Overbeck daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, Alfred Dent, Kampong German teranap pada 15 Jun 1879. Residen British yang baru, William B. Pryer, memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu Elopura, yang bermaksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke Sandakan. Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan.
Pada tahun 1883, pusat pentadbiran Syarikat Borneo Utara Inggeris dipindahkan dari Kudat ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan jutawan terbesar di seluruh dunia.
Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia II bermula pada 19 Januari 1942 dan bertahan sehingga sebuah briged Divisyen Ke-9 Australia membebeaskannya pada 19 Oktober 1945. Pentadbiran Jepun memulihkan nama Elopura untuk bandar ini. Antara kezaliman yang berlaku ketika Perang Dunia II ialah Kawat Kematian Sandakan, apabila askar Jepun hendak memindahkan sekitar 6,000 orang tawanan perang di Sandakan 260 km (160 batu) ke pekan Ranau di pedalaman Sabah. Tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor; kebanyakan mereka ini mati sama ada akibat penyakit disenteri atau dibunuh oleh pengawal penjara. Setelah tamatnya perang, Sandakan ranap keseluruhannya, sebahagiannya akibat pengeboman Kuasa Berikat dan sebahagian lagi oleh pihak Jepun. Oleh itu, setelah Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan British pada tahun 1946, ibu negerinya dipindahkan ke Jesselton (kini dikenali sebagai Kota Kinabalu).
Sandakan masih merupakan pelabuhan kedua terpenting di Sabah, selepas Kota Kinabalu. Pelabuhan ini penting untuk eksport kayu balak,kelapa sawit, tembakau, koko, kopi, gentian manila, dan sagu. Sandakan juga adalah antara bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur.
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan telah memindahkan operasinya dari pusat bandar gara-gara kehadiran ramai pendatang tanpa izin di pusat bandar. Pada bulan Januari 2003,Sandakan Harbour Square, sebuah projek pembaharuan bandar, dilancarkan untuk cuba menghidupkan kembali pusat bandar sebagai pusat komersial utama di Sandakan. Projek ini akan menampilkan sebuah pasar besar dan pasar ikan yang baru (telah siap pada tahun 2006), sebuah pusat membeli-belah (Sandakan Harbour Mall), hotel, dan lot-lot kedai 3 dan 4 tingkat. Projek ini sedang dalam empat fasa dan dijangka siap pada awal tahun 2012.

Share this article :

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger