Lawak pondan buka baju depan minah

Saturday, October 27, 2012 | comments



Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.
Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.Gembiralah si Minah ni tadi.
Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, “Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah.. Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.
“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Minah.Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.
“Sekarang, buka kasut but ku.”Leman buat, perlahan sekali.
“Buka, setokin ku..”Dia buat juga.
“Sekarang, buka skirt ku.”Dia buat juga.
“Sekarang buka coliku.”Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
“Sekarang….buka seluar dalamku…”Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata…”Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”
hahahah!!..:D
Share this article :

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger