Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

KENAPA AYAM BERKOKOK?

Saturday, January 12, 2013 | comments



KENAPA AYAM BERKOKOK? | Mengapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh, bahkan sebelum matahari muncul di ufuk Timur? Pernahkah anda terfikir? Menurut satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, ianya ada kaitan dengan
jam ‘alarm’ semulajadi yang dimiliki ayam jantan.



Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam ‘dalaman’ yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran harian.

Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari kegiatan yang dikenali sebagai circadian (circadian rhythm). Ini adalah ritma biologi pada haiwan, yang mengikuti kitaran siang dan malam.

Ayam jantan mendahului matahari terbit untuk mendahului aktiviti mencari makanan sehari-hari dan juga untuk pertahanan wilayah. Namun, jika satu ayam jantan yang lain memiliki jam dalaman yang telah diatur sedikit lebih awal, ini dapat merangsang ayam jantan lain untuk berkokok lebih awal juga.

Kokokan ayam jantan ketikat matahari terbit sebenarnya adalah suatu cara untuk “membangun kekuasaan” wilayahnya.

Ketika ayam berkokok, ia mengirimkan isyarat kepada ayam jantan yang lain bahawa jika melanggar, bererti mereka minta untuk bergaduh.

KAABAH SEBAGAI PUSAT BUMI

Friday, January 11, 2013 | comments


KAABAH SEBAGAI PUSAT BUMI | Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.



Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.



Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit





Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)

TIPS MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU!

Wednesday, December 19, 2012 | comments

TIPS MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU | Umum mengetahui rokok itu memudaratkan dan haram di sisi agama. Namun, masih ramai yang masih berkeras untuk meneruskan tabiat yang langsung tidak berfaedah ini.

Bukan nak mengata cuma untuk berpesan kepada diri sendiri dan kaum kerabat. Mazeer mengaku, Mazeer juga seorang perokok dan sedang berusaha untuk menghentikan tabiat yang membazir, menjejaskan kesihatan dan jelas sekali HARAM di sisi agama.

Aminkan doakan saya okay. "YA ALLAH, SEMOGA MAZEER diberi petunjuk dan kekuatan untuk berhenti merokok selama-lamanya".

AMIN.

Gambar menunjukkan situasi sebenar kasih sayang antara perokok.

Baiklah, Mazeer memang selalu sangat jadi mangsa PAU rokok ni. Tak kisah la, orang Malaysia ke, Orang Korea ke, Orang Amerika ke, semua pernah

PAU rokok Mazeer. Al-maklumlah, muka jambu dan baik hati. HAHAHAHA!

Statistik dia macam ni, Kawan-kawan paling banyak PAU, Rakan sekerja medium dan orang tak dikenali jarang-jarang.

KAWAN > RAKAN SEKERJA > STRANGERS

Kat mana pulak strangers nak PAU?

Dekat KLIA atau LCCT dan di mana-mana tempat pun ada adengan PAU MEMPAU ni. Bangla pun pernah PAU beb!

Rokok ni penyakit, orang mintak penyakit, bagi je la.

Baiklah, jom kita baca tips dan cara-cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan rokok anda kena PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT

1. Tak payah tunjukkan kotak rokok anda kepada member-member. Beli rokok murah untuk spare. Kalau ada member yang mintak, bagi rokok John, Zone King, Canyon dan sebagainya. Simpan Dunhill, Winston dan Marlboro tu untuk masa depan. (Itupun kalu nak bagi la. Tak payah bagi lagi bagus.)

2. Kalau nak tidur, jangan ampai rokok anda merata. Bawak tidur sekali simpan bawah bantal. Sebab, kalau ada member perokok tegar duduk kat rumah dan selalu sangat kehabisan rokok, pasti rokok anda menjadi mangsa utama.

3. HATI KERING. Orang mintak, cakap tak ada walaupun sebenarnya ada. Lantak diorang nak cakap apa.

4. Masa makan kat kedai makan atau kedai mamak, jangan sesekali letak rokok kat meja makan. Nanti member-member sekeliling berpendapat rokok itu adalah rokok kawan-kawan dan untuk kawan-kawan. Nak hisap, keluarkan sebatang dan simpan balik dalam poket atau beg.

5. TIPU. Kalau ada member mintak masa anda merokok tu, cakap anda beli batang-batang kat kedai Mas Sukardi, Kedai Tok Moh dan kedai-kedai yang berdekatan dengan rumah anda.

6. Spare kotak rokok yang kosong. Letak 2 batang dalam tu. Simpan selebihnya. Sebab, kebanyakan perokok akan berfikir dua tiga kali untuk MENGEPAU rokok member yang tinggal sebatang dua.

7. EKSTREM. Renyuk-renyuk dan buruk-burukkan kotak rokok anda supaya nampak macam kotak rokok lama. Kalau ada member mintak, automatik terus buang ke lantai atau ke tong sampah cakap yang kotak je tinggal dan kebetulan nak buang.

8. JUJUR. Cakap jujur je anda tak nak bagi dan suruh lahanat tu beli sendiri. Ini memerlukan keberanian dan ketulusan hati. CEWAH!

9. PAU SEBELUM ANDA KENA PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA

1. Masa pergi SMOKING BREAK tu, bawak sebatang je. Tak bawak lighter pun takpe. PAU je lighter perokok-perokok tegar kat situ.

2. Tak payah nak peramah sangat dengan pekerja-pekerja tu semua. Sebab, silap hari bulan nanti kau akan kena PAU. Risiko kena PAU akan meningkat sekiranya anda mengenali mereka.

3. Tak perlu la nak senyum-senyum dengan orang-orang tempat anda rehat tu. Buat muka ketat je. Sebab, kemungkinan besar mereka sedang mencari mangsa untuk DIPAU. Nampak je PENGEPAU, terus jauhkan diri anda.

4. Kalau pekerja lain tanya ada rokok lebih ke tak, cakap je tak ada. Rokok lebih mestilah ada kan. Bergantung pada kita je nak bagi dia atau tidak.

5. Kalau ada panggil nak mintak rokok, pura-pura tak dengar je. Itu adalah panggilan misteri yang akan mengurangkan lagi rokok anda.

6. Kalau berani sangat, tegur je. Kita sama-sama kerja. Gaji kau lagi tinggi dari gaji aku. Belilah rokok, BAHALUL.

7. Tak payah lepak la dalam keramaian tu semua. Korang ambil port korang sendiri.

8. Bila ada orang tanya ada rokok lebih ke tak, korang selambe je jawab, takde dan belum beli lagi. Pastu tanya balik dia ada rokok lebih tak.

9. Kalau awek atau bini korang merokok, korang tak payah beli rokok. PAU JE ROKOK DIORANG. HAHAHAHA!

Tips ke-10 yang 100% berkesan untuk CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT dan CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA adalah BERHENTILAH MEROKOK DAN ANDA AKAN DAPAT MENJIMATKAN ROKOK ANDA, MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA DAN JUGA ORANG SEKELILING ANDA.

Sekian sahaja tips dari Mazeer Mohamad yang berbibir pink dan jambu ni.

HAHAHAHA!

Negara Paling Aman Di Dunia

Tuesday, December 18, 2012 | comments (1)





Negara paling aman di dunia – Statistik baru yang Admin perolehi tentang negara paling aman di dunia. Mungkin dikalangan pembaca sudah tahu. Tapi Admin nak kongsi juga untuk pembaca yang belum tahu. Sesi menambah pengetahuan sekali lagi.

Statistik negara paling aman di dunia 2012 ini telah dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2012, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-20 bagi negara paling selamat dan aman di dunia berbanding 156 negara lain. Itu merupakan statistik tahun 2012, berbanding pada tahun 2011 lalu Malaysia berada di tangga yang ke 22.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.


Manakala jika di rantau Asia Tenggara, kita merupakan negara yang paling aman meninggalkan Singapura dan Vietnam.

Sepuluh negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai itu ialah Iceland, yang merupakan negara paling aman, diikuti Denmark, New Zealand, Canada, Jepun,Austria, Ireland, Slovenia, Finland,  Switzerland.

Alhamdulillah, walaupun Malaysia belum termasuk top 10 negara paling aman di dunia, tapi sudah memperbaiki kedudukan berbanding tahun sebelum ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dengan keamanan negara ini. Walaupun kita hidup berbilang bangsa dan agama mahupun politik, itu tidak menjadi penghalang untuk kita hidup aman, tolong-menolong antara satu sama lain.

Kita doakan semoga negara Malaysia akan semakin aman dan memperbaiki kedudukan menjadi top 10 negara paling aman di dunia pada tahun-tahun yang mendatang. Tiada siapa yang dapat mengubahnya kecuali rakyat Malaysia sendiri.

6 Jenis Perasaan Manusia

| comments


Perasaan Manusia – 6 Jenis Perasaan Manusia. Adakah Anda punya perasaan dan emosi? Sebagai manusia yang normal (lawan abnormal), maka Anda pasti mempunyai perasaan. Terdapat banyak perasaan yang berada dalam diri manusia. Untuk artikel kali ini Admin www.PelikBinAjaib.com ingin berkongsi dengan Anda maklumat tentang perasaan manusia.. mari kita mengenali tentang perasaan.



Perasaan manusia ini wujud hasil daripada beberapa faktor. Salah satu faktor adalah oleh sebab keadaan fizik yang mempengaruhinya. Sebagai contoh: Ada beberapa penyakit kronik yang mempengaruhi perasaan tertentu sepanjang waktu.

Ilmu perubatan dari China menjelaskan bahawa terdapat 6 emosi atau perasaan yang dialami oleh manusia. Ia mengatakan bahawa sekiranya salah-satu daripada perasaan ini muncul sepanjang waktu dan lebih dominan (menguasai diri) berbanding dengan perasaan lain, maka kemungkinannya perasaan itu menandakan adanya penyakit dalam tubuh seseorang.

6 perasaan yang menandakan adanya penyakit adalah seperti berikut:

1. Gembira dan kegirangan

Meskipun biasanya perasaan bahagia menunjukkan keadaan jiwa yang sihat, kegembiraan yang berlebihan atau euforia dapat menunjukkan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat. Seseorang yang selalu tampak girang sepanjang waktu berisiko mengalami gangguan jantung atau paling tidak yang lebih masuk akal adalah gangguan mental.

2. Gelisah dan resah

Menurut ilmu perubatan China, rasa panik dan gelisah yang muncul sepanjang waktu juga berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika kegelisahan itu disertai gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau jantung berdebar dan peluh dingin.

3. Risau

Seseorang yang selalu merasa risau kemungkinan menghadapi masalah dengan kelenjar limpa yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Gejala lain yang menyertai biasanya adalah nafsu makan berkurang, anggota badan terasa lemah, perut kembung dan menstruasi (haid) tidak teratur.

4. Sedih dan pilu

Masalah pada sistem pernafasan terutama paru-paru boleh membuat seseorang nampak selalu sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma dan radang tekak cenderung juga lebih sering terjadi dalam suasana duka, batuk-batuk lebih sering dialami orang yang hidupnya menderita.

5. Takut

Jika bukan kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang selalu ketakutan mungkin punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya adalah tekanan berlebih pada tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran kencing atau gangguan fungsi seksual.

6. Marah

Ilmu perubatan China mengenal energi Qi, yang jika mengalami peningkatan secara berlebih kesannya boleh membuat seseorang jadi lebih pemarah. Peningkatan energi Qi juga berhubungan dengan munculnya masalah pada hati, serta berbagai gejala seperti sakit kepala, pening dan mata merah.

Demikian 6 jenis perasaan manusia. Jadi apakah perasaan Anda sekarang ini? Bosan? oh ya.. walaupun bosan berkaitan dengan perasaan namun ia tidak termasuk dalam kategori UTAMA perasaan manusia.

Berperasaan ini normal cuma jangan berlebihan dalam berperasaan nanti memakan diri. Cari sesuatu pengganti untuk mengubati perasaan Anda, sebagai contoh jika Anda sedih buat perkara yang dapat mengurang dan menghilangkan kesedihan Anda.

Agama Islam pun ada mengajar umatnya untuk mengawal perasaan marah: Bila Anda marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Bila duduk masih marah, maka berbaringlah. Kerana Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda, maksudnya; Maka apabila salah seorang diantaramu marah dalam keadaan berdiri, duduklah, dan apabila dalam keadaan duduk, berbaringlah! ” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya, pendek kata: Kawal perasaan dan emosi Anda, dan jangan biarkan emosi mengawal Anda. Sekian.


LELAKI DISEMBELIH KERANA MENCURI KUDA!

Tuesday, December 11, 2012 | comments


LELAKI DISEMBELIH KERANA MENCURI KUDA | Tidak dapat dikenal pasti di mana dan bila kes ini terjadi. Lihatlah betapa kejamnya manusia memperlakukan manusia lain hanya kerana seekor kuda.

Pihak kami memohon maaf sekiranya gambar yang dipaparkan agak kurang sesuai dan agak 18SG. Kami hanya ingin berkongsikan maklumat mengenai kes ini.

Semoga kejadian ini memberi peringatan dan pengajaran kepada kita agar tidak mengambil barang milik orang dan mencampuri urusan ataupun hak orang lain.



Tips Untuk Mendapatkan Awek Cun

Tuesday, November 20, 2012 | comments



 Jadi Anda ingin berbicara dengan awek cun tetapi tidak benar-benar tahu bagaimana? Anda tidak sendirian!

Sebenarnya banyak orang memiliki masalah ketika mencuba untuk berbicara dengan seorang wanita, terutama awek cun.Mereka hanya tidak tahu bagaimana untuk berbicara dengannya. Dan selalu situasi yang sama: mereka akhirnya mengumpulkan keberanian untuk mendekati dan berbicara dengannya, bahkan meminta nombor nya, tetapi selalu kembali dengan penolakan. Setelah itu, mereka berpikir dia ditolak berarti ada sesuatu yang salah dengan mereka dan berhenti mendekati awek cun untuk selamanya.

Sakit bila ditolak oleh seorang wanita yang sangat menarik. Mengapa? Karena, anda memikir yang dia tidak sesuai dengan anda dan berfikir yang anda tidak setaraf dengannya. Jadi, mengapa mencoba sama sekali mendekati mereka ketika Anda tahu Anda akan ditolak? Jawabannya mudah, anda tidak seperti yang fikirkan.

Ada dua kemungkinan ketika lelaki melihat seorang awek cun:

1) Dia terlalu indah oleh karena itu dia harus khusus

2) Dia hanyalah terlalu menarik untuk saya

Benar, awek cun adalah istimewa, tetapi, begitu juga orang lain!. Kaum lelaki selalu memperlakukan awek cun berbeza untuk mendapatkan perhatiannya, memberikan padanya segala yang dia minta atau hanya bertindak seperti dia seorang yang tersangat istimewa. Tapi ini bukan cara untuk mendapatkan kasih sayangnya.

Apa yang banyak orang juga melakukan adalah berpikir awej cun menghakimi mereka melalui penampilan mereka. Tentu saja, sukar untuk anda mendapatkan awek cun jika wajah anda seperti beruang, hehe, tetapi bagi kebanyakan wanita, penampilan tidak penting. Apa yang paling penting adalah kepribadian Anda!

Bila Anda ingin berbicara dengan awek cun, anda benar-benar harus memperlakukan mereka seperti setiap orang lain. Jangan lebih puji dia. dan beritahu bahawa dia seorang yang cun setiap kali (dia tahu la!). Hanya berbicara dengan dia seperti biasa dan menggunakan humor. Membuat wanita tertawa adalah senjata anda. Dia tidak bisa memikirkan apa pun buruk tentang seseorang yang bisa membuatnya tertawa sepanjang waktu.

Juga, menggoda sangat berkesan pada setiap wanita. Mereka tidak digunakan untuk yang diejek karena setiap orang selalu berusaha untuk pujian padanya. Tetapi ketika anda menggoda dalam cara yang menyenangkan, ia akan melihat anda sebagai berbeda dari yang lain. Dan jangan khawatir tentang menyinggung dia.

Meskipun humor adalah bagian besar dari daya tarik, ketika datang untuk berinteraksi dengan wanita, ada satu sifat yang wanita rasakan adalah penting dan ini adalah keyakinan. Seorang lelaki yang percaya diri tidak pernah memiliki masalah dengan perempuan. Ketika anda percaya diri, anda menunjukkan anda adalah seorang lelaki yang kuat, maskulin dan dominan. Wanita bisa merasakan ketika seorang lelaki itu ada keyakinan diri dan itu untuk mereka. Jadi, menjadi percaya diri ketika berbicara dengan seorang wanita cantik.

Cara untuk berbicara dengan awek cun? Sederhana, menjadi lucu, percaya diri dan memperlakukan dia seperti orang normal.

5 Misteri Dunia Yang Belum Terungkai

Saturday, November 10, 2012 | comments


5. The Groove Sphere


Selama beberapa dekade terakhir, penambang di Afrika Selatan telah menggali bola logam misterius. Asal tidak diketahui, ukuran bola ini sekitar satu inci atau dalam diameter, dan beberapa terukir dengan tiga paralel alur di tengah-tengah. Dua jenis bola telah ditemukan: satu terdiri dari logam kebiruan padat dengan putih; yang lain adalah cekung dan penuh dengan zat putih. Adalah bahwa batu di mana mereka temukan adalah Precambrian- untuk 2.8 juta tahun! Yang membuat mereka dan untuk tujuan apa tidak diketahui.

4. The Dropa Stones


Pada 1938,satu ekspidisi yang diketuai oleh Dr. Chi Pu Tei telah memasuki sebuah gunung Baian-Kara-Ula di mana mereka telah menemukan sesuatu yang menarik di mana tempat tersebut adalah bekas peninggalan sebuah tamadun lama. Benda ini berukuran lebih kurang 9 inci diameter, setiap satunya memiliki lubang bulat ditengah-tengah dan ditepinya diletak alur spiral, ini membuat dia kelihatan seperti sebuah disc phonograph lama, dalam lebih kurang 10000-20000 tahun. Setelah diperhatikan, disc ini mengandungi tulisan hieroglif yang menerangkan mengenai kisah sebuah kapal angkasa dari sebuah tempat yang jauh yang terhempas di pergunungan itu. Kapal tersebut di pandu oleh sebuah bangsa yang di panggil Dropa.

3. The Ica Stones


pada tahun 1930-an, ayah kepada Dr. Javier Cabrera, seorang ahli antrhopologist, telah menemui sejumlah batu majlis pengkebumia bangsa Inca purba di Peru. Dr. Cabrera meneruskan kerja ayhnya dengna mengumpul beribu lagi batu-batu sepertinya. Batu-batu ini berusia dalam lebih dari 500 ke 1500 tahun. Batu-batu tersebut mengandungi ukiran, yang kebanyakannya adalah mengandungi unsur seksual grafik, gambar-gambar artis kuno,  dan selainnya adalah amalan-amalan seperti membedah jantung dan pemindahan otak. Yang paling menarik adalah mengenai ukiran yang terdapat gambar-gambar dinosour

2. Giant Stone Balls of Costa Rica


Batu-batu bulat ini ditemukan di sebuah kawasan penanaman ladang pisang pada 1930 ketika pekerja-pekerja sedang sibuk menebas dan membersihkan sekitar kawasan itu. Kebanyakan batu-batu ini berbentuk sfera yang tepat dan berukuran sekecil bola tenis dan sebesar lapan kaki dan berat 16 tan. Walaupun di ketahui bola batu ini jelas ciptaan manusia, namun siapa dan apakah tujuan mereka membuatnya dan lebih membingungkan, bagaiman mereka membuat bulatan yang sebegitu terperinci.

1.  Oera Linda Book


Oera Linda buku adalah sebuah naskah Frisian kontroversial yang meliputi tema sejarah, mitologi dan agama yang pertama kali datang ke masyarakat di abad ke-19. Tema buku Linda Oera termasuk katastrofisme, nasionalisme, sebagai dewi matriarki, dan mitologi. Teks menerangkan bahawa Eropah dan negeri lain, untuk sebagian besar sejarah mereka, dipimpin oleh serangkaian ibu pemimpin Orde hirarkis imam selibat dibaktikan kepada dewi Frya, putri dewa tertinggi Wr-alda dan Irtha, ibu bumi. Klaim juga dibuat bahwa peradaban Frisian ini memiliki sebuah alfabet yang merupakan leluhur abjad Yunani dan Fenisia. Naskah saat ini membawa tanggal 1256. Orang juga kata menunjukkan bahwa itu adalah salinan manuskrip yang lebih tua , jika asli,  telah ditulis oleh beberapa orang antara 2194 SM dan 803 SM.







10 Lelaki Terpintar Sepanjang Masa

| comments




KETAMPANAN lelaki saja tak cukup untuk menarik perhatian perempuan. Sekarang, lelaki pintar kelihatan lebih seksi di mata perempuan. Kepintaran menjadi tarikan, tidak saja bagi lawan jenis, tapi juga menjadi penentu kejayaan bidang yang diceburi. Lalu, siapa saja lelaki yang mempunyai otak cair? Inilah sepuluh lelaki terpintar di dunia.

1. Matt Damon
Matt sudah menunjukkan kepintarannya sejak Sekolah Rendah,Menegah dan Universiti.. Pelakon yang selalu memikat lewat akting-lakonannya ini belajar bahasa Inggeris di Harvard University.

2. Quentin Tarantino
Pengarahfilem dari Amerika yang berjaya membuat filmnya laris seperti Kill Bill dan Inglorius Basterds ini mempunyai IQ 160. Wow!

3. Steve Martin
Banyak orang mengenalnya sebagai pelakon yang pintar berwatak lucu. Namun, ternyata ia tak hanya lucu, ia juga pintar, dan mempunyai IQ 142.

4. dolph Lundgren
Pelakon Sweden ini dikenali melalui wataknya di filem yang 'berdarah-darah'. Namun pelakon yang juga pengarah dan handal dalam seni bela diri ini punya IQ 160.

5. Arnold Schwarzenegger
Gabenor California dan bintang The Terminator ini punya IQ 135. Tak hanya badan sasa, otak juga cerdas.

6. Bill Clinton
Politik dan bekas Presiden Amerika Syarikat ini mempunyai IQ 137.

7. Albert Enstein
Penemu teori relativitas yang dikenali sangat genius ini mempunyai IQ 160.

8. Bill Gates
CEO Microsoft ini boleh dikatakan 'sebelas-dua belas' dengan Einstein. IQ-nya 160.

9. Stephen Hawking
Hawking dikenali dengan teori kosmis dan physicist yang kontroversial. Sebahagian orang akan menyemak teori yang muncul dari otaknya yang ber-IQ 160 ini.

10. Gary Kasparov
Boleh dikatakan, dialah lelaki yang paling genius ketikat ini. Bayangkan, grandmaster catur daril Rusia ini mempunyai IQ 190.Amazing!
Sumber

Petua Menghilangkan Jerawat

Wednesday, November 7, 2012 | comments




Petua 1 : Amalkan menyapu minyak sapi seluruh muka setiap
hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan tetapi anda akan 
puas hati dengan hasilnya.

Petua 2 : Bilas muka anda dengan air bersih kemudian bilas
dengan air kelapa 1-2 kali. Kemudian bilas air bersih semula.
Lakukan dalam beberapa hari. 

Petua 3 : Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, cuci hingga bersih.
Kemudian tumbuk daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang suda
ditumbuk tadi dan sapu pada muka yang berjerawat. Lakukan
ini terus-menerus hingga jerawat betul-betul hilang.

InsyaAllah, jika anda amalkan petua-petua di atas dengan
konsisten, anda akan dapatkan hasilyang memuaskan.



fakta Unik Tentang Makanan Pedas

Sunday, November 4, 2012 | comments




Kurang enak rasanya kalau kita makan rendang tapi tidak pedas, atau makan lalapan tanpa sambal, selain untuk menambah rasa, ternyata makanan pedas juga sangat bermanfaat bagi kesehatan kita. Berbahagialah Anda yang berprinsip tiada hari tanpa makanan pedas karena kegemaran ini bisa berubah menjadi manis untuk kesehatan. Rasa pedas di lidah bukan hanya efektif menambah nafsu makan, tapi juga berkhasiat mengatasi jumlah keluhan penyakit.

Selama berabad-abad, cabai telah digunakan sebagai obat untuk peradangan serta melancarkan sirkulasi darah. Faktanya, dengan darah yang mengalir lebih cepat, tubuh akan lebih cepat menggantikan sel-sel yang rusak dan juga mengeluarkan toksin dari tubuh.

Tentu saja, makanan pedas ini harus dikonsumsi secara bijaksana (tidak berlebihan), terutama jika anda memiliki perut yang sensitif atau tidak bisa mentoleransi makanan pedas. Berdasarkan beberapa penelitian, cabai dan makanan pedas memiliki banyak khasiat, berikut di antaranya:

1. Menurunkan berat badan

Cabai mengandung capsacin yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi karena capsaicin meningkatkan temperatur tubuh dan berperan dalam meningkatnya detak jantung. Lebih jauh lagi, studi menunjukkan orang yang hobi makan pedas biasanya makan dalam porsi sedikit sehingga berat badan lebih terjaga.

2. Menyehatkan Jantung

Cabai menyehatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Penelitian juga menunjukkan kadar kolesterol jahat/LDL bisa mencegah oksidasi yang bisa menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Capsaicin juga efektif melawan inflamasi, yang telah diidentifikasi sebagai faktor risiko penyakit jantung.

3. Melancarkan sirkulasi

Makanan pedas akan melancarkan sirkulasi dan menurunkan tekanan darah. Cabai juga membantu menguatkan dinding pembuluh darah karena kandungan vitamin A dan C-nya.

4. Anti-kanker

Banyak penelitian menunjukkan konsumsi teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanker. Capsaicin memperlambat pertumbuhan sel kanker dan pada banyak kasus sel-sel kanker mati tanpat merusak sel sehat di sekitarnya.

5. Meningkatkan fungsi cerna

Manfaat cabai dalam saluran cerna adalah meningkatkan sirkulasi darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin juga membantu membunuh bakter H. pylori penyebab sakit maag. Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cobalah tablet antiacid yang akan menetralisir asam di lambung.

9. Melancarkan pernapasan

Makanan pedas bertindak seperti ekspektoran dan membantu penderita asma, bronkitis kronik, sinuistis, dan penyakit pernapasan lainnya untuk bernapas lebih baik.

Insya Allah

Bayi Jelmaan Setan?

Saturday, November 3, 2012 | comments (1)


Seorang wanita Colombia mengakui, ilmu hitam dan roh jahat telah merasuki anak lelakinya yang masih bayi. Di usia yang masih satu bulan, bayi itu suda boleh berjalan seperti orang dewasa. Ana Feria Santos melahirkan anak lelakinya sebulan yang lalu, namun kegembiraan yang dirasakan Santos justeru berubah menjadi ketakutan kerana tingkah laku abnormal anaknya. Malahan bayi tersebut dikatakan jelmaan setan. Menurut Santos, bayi yang dilahirkannya suda boleh berdiri dan berjalan seperti orang dewasa walaupun umurnya baru empat bulan. Tingkah laku anak Santos mengingatkan kita semua dengan filem horor, The Omen. Jiran Santos, Lorica yakin, bayi kecil itu dirasuki roh jahat kerana boleh menghembuskan api.

Pengakuan itu diutarakannya setelah melihat adanya kesan di pakaian bayi itu, ang kelihatannya seperti habis dibakar. Kesan yang sama juga dapat disaksikan di sofa, yang sering diduduki bayi itu. Rumah Santos dilempar batu kerana jiran-jiran takut akan kelahiran bayi yang aneh itu. Meskipun demikian, Doktor sama sekali tidak percaya, bayi itu adalah jelmaan setan.Psikologi,pekerja sosial,pakar nutrisi dan peguam akan segera menyelidik kes itu. Kini, ada pula luka kebakaran pada tangan bayi itu.

Gambar Artis Berwajah Terhodoh

| comments


Assalamualaikum.. Hmm.. Memang betul la apa orang tua-tua cakap,nasib manusia kita tak dapat jangka. Apa lagi berkaitan dengan artis yang dapat menempa nama di dalam industri yang serba serbinya memerlukan rupa paras yang mampu menarik hati peminat. Namun begitu, ada segelintir yang berjaya bukan sekadar dari rupa, tapi berdasarkan kredibiliti dan bakat masing. Hmm, saya rasa mereka-mereka ni lagi lebih baik daripada beberapa artis yang nak harapkan rupa dan lebih teruk lagi gosip je.

Mari kita lihat beberapa artis barat dengan wajah yang memang tak seberapa. Dont judge a book by its cover!















Kelebihan Menjadi Wanita Yang Solehah

Friday, November 2, 2012 | comments





1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Kebaikan Coca Cola Keburukan Kepada Manusia

| comments

Brrrrrrhhh.. mesti best dapat seteguk coca cola selepas kerja seharian kan.? Lebih-lebih lagi kena dengan panas terik yang membara ni. Kena sebotol coca cola memang best sangatlah. Tapi, agak-agak, lepas baca ni korang nak minum lagi tak?hehe




10 KEBAIKAN COCA COLA...MESTI BACA~
SILA FORWARDKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!







10 Kebaikan Coca Cola~

"Setiap kali ada musim perayaan, mesti ada rumah saudara mara yang hidangkan coke kan? tak pun, masa lepak2 ngan member2, mesti ada yang sambil minum coke kan? kengkadang, mereka yang demam, ada yang memasukkan panadol ke dalam coke dan menikmatinya kan? ahh~ NIKMATNYAA~~ semasa duduk makan kat mcD dan KFC plak, anda minum apa erk?? saya tahu, mesti korang dah pernah dengar yang sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka.

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini~

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?



3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi??

 Disampaikan oleh seorang sahabat.....

 Assalamualaikum kengkawan...

 last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat
 mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat
 yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana
 setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. 

dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah
diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu.

 dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk
hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women.

 menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sebab
 diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama
keturunan, diorg tak nak le mandul! 

kalau korang pernah terima
 forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
 toilet! 

and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if
you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat
 zuriat, ada chances keguguran le, kan ? 

Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,
pls stop drinking & buying coke & pepsi.


Jauhi Perempuan Seperti Ini

| comments



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Pernah tak anda terfikir apakah sifat perempuan yang tidak sepatutnya dijadikan isteri?

Pasti perkara pertama yang melintas di minda kita adalah perempuan yang mata duitan dan kaki pengikis duit lelaki.

Di sini kita kongsikan 6 sifat jijik wanita yang tidak wajar dijadikan isteri!



1. Al -Anaanah: 
banyak keluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan aturan yg diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah: 
suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang hendak membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al -Hunaanah: 
ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah: 
suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah: 
sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dg ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah: 
banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dg telfon, SMS, internet, BBM dan macam2 cara yang lain . Yg jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.

Mari sama-sama muhasabah diri dan melatih diri agar menjadi seseorang yang terbaik untuk seseorang yang kita kasihi dan cintai di hari muka kelak.

 Sumber:- MAZEER BLOG




Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger