Minum kopi dengan Panadol?

Wednesday, May 16, 2012 | comments


Apa punya jenis orang la dia nih.. lol 

Kota Kinabalu

| comments


Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai ''KK'', juga dulu dikenali sebagai Jesselton merupakan ibu negeri SabahMalaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, menghadap Laut Cina Selatan ia merupakan pusat perdagangan,pentadbiran,peranginan,pendidikan dan perindustrian yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000. Kota Kinabalu adalah salah satu bandar yang paling cepat membangun di Malaysia.


Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai British North Borneo pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil Api-Api. Petempatan tersebut bertukar nama kepada Jesselton sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri British North Borneo, musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton

ps : - jika korang pergi bandar KK, jangan lupa singgah di Jesselton Point (JP), ada banyak restoran tepi jeti, dan boleh sap-isap shisha, :)

Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada Kota Kinabalu pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. 

Kinabalu diambil dari perkataan Aki Nabalu dalam bahasa Dusun, yang bermaksud tempat orang mati yang keramat. Aki bermaksud keturunan atau nenek moyang, maksud Nabalu pula ialah sebuah gunung dalam bahasa Dusun. Ada juga yang berpendapat Ki bermaksud ada atau hadir, dan Nabalu bermaksud, semangat atau hantu.

Kota Kinabalu berukuran seluas 351 km persegi. Kawasan ini termasuk Tanjung Aru dan Kepayan di bahagian selatan, Sepanggar dan Telipok di bahagian utara, dan termasuk lah Penampang, Dogongan, Putatan, Papar, Kinarut, Tuaran, Tamparuli ( tarikan utama di tamparuli adalah jambatan tamparuli ).

Kenanyakan bangsa yang tinggal di kota kinabalu termasuk lah, Melayu, Kadazan, Dusun, Tausug, Bajau, Cina,    India, dan bumiputra yang lain.

Tawau

Tuesday, May 15, 2012 | comments (1)

Tawau merupakan nama sebuah  daerah dan juga bandar di negeri Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, perjalanan yang jauh menyusur hutan dan bukit bukau, mengambil masa lebih kurang 8-10 jam perjalanan menggunakan kenderaan ( kalau jalan kaki sampai jugak, tapi mungkin sebulan la :P ).  Laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau  dan laut melalui Pelabuhan Tawau.





Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 (sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naunganKesultanan Bolongan-Tarakan serta penempatan masyarakat Bajau di Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.
Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melaluiSyarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB). Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.
Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut ( Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris ) , pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.
Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.
Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.
Hak dan keistimewaan masyarakat tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Ketua Anak Negeri sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak Kerajaan British. Sebelum itu jawatan Ketua Masyarakat pernah diberikan kepada Habib Sheikh pada tahun 1912 manakala jawatan Imam diberikan kepada Imam Mustapa pada tahun 1916. Jawatan Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya Kaya (OKK) yang pertama dilantik Kerajaan British penghujung 1920-an ialah OKK Kee Abdullah, seorang Cina muslim. Manakala pada tahun 1937 sehingga 1953, Penghulu Abu Bakar (anak OKK Kee Abdullah) telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di daerah Tawau ini.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger