15 Cara Paling Romantik Untuk Melamar Gadis

Wednesday, October 31, 2012 | comments






Pujangga mengatakan "Lelaki berasal dari Marikh (Planet Berahi) dan wanita berasal dari Venus (Planet cinta) . Cinta seorang wanita ak bersyarat dan kekal. Semua lelaki cintakan wanita yang melengkapkan dan boleh menjadi pelengkap kepada diri seorang lelaki. Namun kebanyakan lelaki susah dan sukar untuk mengungkapkan perasaan cinta langsung
mengajukan keinginannya untuk melamar juga seringkali menjadi perkara yang paling sukar buat seorang lelaki.
Ia memerlukan keyakinan yang tinggi dan memerlukan skil-skil tertentu.

Disini (Sumber) adalah bagaimana cara-caranya untuk melamar seorang wanita, bagi lelaki-lelaki yang mengalami kesusahan dan
inginkan cara untuk melamar wanita pilihan hatinya.

1. Klasik- Berlutut di hadapan wanita dengan cincin di tangan dan setangkai
mawar merah di gigit di gigi. beri si dia mawar itu terlebih dahulu dan katakan
kata-kata magik tersebut. Sangat menjadi di restoran yang berkelas tinggi sewaktu makan malam.

2. Pergi bersia-siar dengan si dia. Bila sampai masanya dan si dia leka seketika
pergi kepadanya dan beritahu dia betapa berertinya dia pada diri anda sebagai seorang lelaki.
beri si dia cincin dan lamar lah dengan kata-kata yang teratur dan indah.

3. Lamar dia dalam pelbagai bahasa,contohnya Hindustan, Korea, Jepun. beritahu si dia maksud sebenarnya
dan tunjukkan dia dengan menghadiahkan si dia dengan sebuah cincin pertunangan. Gerenti akan mengkagumkan
mana-mana gadis.

4. Abadikan semula saat-saat indah- bawa dia ke tempat pertemuan pertama, lakonkan atau ceritakn semula
kenangan pertemuan pertama tersebut, dan lamarlah dia secara mengejut, sudah pasti si dia akan menjadi sangat tersentuh.

5. Tulis sajak indah untuk si dia,luahkan segala isi hati ke dalamnya. nyanyikan atau bacakan kepadanya,berlatarbelakangkan taman tema yang indah.
Pasti si dia akan merasa sangat istimewa. Si dia akan dapat merasa emosi jiwang anda dan pasti membuat
dia merasakan perasaan yang serupa.

6. Bawa si dia ke tepi pantai. Pastikan berlatar belakangkan dengan mainan muzik yang romantik.
Pergi kepadanya, capai tangannya dan lamar la si dia. Pasti si dia akan setuju.

7. Ajak si dia makan malam di rumah anda. pastikan anda memasak makanan kegemaran si dia.
Dan pastikan muzik romantik sedang bermain sebagai latar belakang. Tunggu saat-saat yang sesuai, kemudian lamar la dia.

8. Jadikan ia gempak- Dapatkan banner bertulis 'saya cintakan awak' dengan namanya tertulis di situ.
Dapatkan bantuan beberapa rakan anda untuk memegang banner tersebut di hadapan
rumahnya atau di hadapannya dan lamarlah dia. Pasti si dia akan merasa sangat-sangat istimewa.

9. Hantarkan si dia sebuah kotak hadiah. Pastikan ada sebuah lagi kotak di dalamnya dan seterusnya. Letakkan mesej
luahan hati anda ke dalam kotak yang terakhir. Bila si dia membacanya, pasti dia akan sangat menyukainya.

10. Aturkan sebuah perjumpaan besar-besaran bersama seluruh keluarga dan kenalan.
Dan lamar si dia di hadapan keluarga dan sahabat. Sedikit dramatik namun pasti si dia akan menyukainya.

11. Untuk yang sukakan cabaran-Lamar si dia di atas angin di dalam belon udara panas. Si dia pasti akan sangat menyukainya.

12. Teka silang- Tinggalkan pasangan anda dengan nota-nota, setiap satunya menjejak kepada satu destinasi, di mana setiap nota
menunjukkan luahan hati anda kepada si dia. Berdiri di penghujung jejak, berlutut dan lamarlah si dia.

13. Bawa si dia makan malam romantik di sebuah tepi pantai yang indah. Sebaiknya sewaktu matahari terbenam. Pastikan anda membawa bersama barang-barang
yang penting termasuk lilin dan makanan kegemaran si dia. Tatap matanya dan lamar lah, si dia pasti akan sangat-sangat menyukainya.

14. Bunga api- Sediakan bunga api yang boleh menunjukkan mesej di mana keinginan anda untuk melamarnya. Si dia pasti akan menyukainya.

15. Dapatkan beberapa belon. Tulis mesej keinginan anda untuk melamarnya.Si dia pasti akan sangat tersentuh melihatnya.



Semoga Berjaya :)



Share this article :

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger