Lawak Suara Wanita

Wednesday, November 7, 2012 | comments



Assalamualaikum. Sebelum anda membaca cerita di bawah, saya mohon kepada anda untuk kuatkan iman anda dan jangan terlalu kuat ketawa. Kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit kencing pahit. Muahahahaha

Ceritanya begini :-

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab panggilan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah si suami habis-habisan kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi". 


Share this article :

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger