Equation Cinta=Blank

Friday, November 9, 2012 | comments




Apa yang lebih penting selain daripada cinta.? Setiap kali aku soal benda nie mesti ramai yang akan jawab 'mestilah friendship'. Tapi, macam mana kalau dalam suatu persahabatan tu ada perasaan cinta yang timbul. Kejap2, aku tau, dalam suatu persahabatan tu mesti ada perasaan cinta antara sahabat kan? Tapi yang aku maksudkan sekarang ni bukan tentang tu, ini tentang perasaan cinta antara dua individu yang terlanjur cinta (ala-ala tajuk lagu pasha ngn rossa,hehehe), macam mana nak jawab.?


Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ni, adakah cinta, atau adakah individu. Kenapa harus dipersalahkan cinta, dan kenapa harus dipersalahkan individu. Wei bukan senang nak pendam perasaan kasih sayang dalam diri kita ni, bukankah cinta tu suatu anugerah dan nikmat yang cukup indah yang tuhan kurniakan kepada kita. Dan kenapa perasaan tu harus dihalang hanya kerana kita beranggapan yang si dia tu hanya kawan dan tak lebih dari tu. Sungguh banyak persoalan dalam kepala ni kan. Memang macam ni kah kalau kita sedang di arus cinta? hehehe..

Tapi persoalan yang paling penting di sini, adakah aku harus biarkan sahaja perasaan ni,  biar dia terseksa, biar dia merana merindukan dia yang di rindui, dan mencintai dia yang dicintai dalam hati, walaupun tanpa pengetahuan darinya. Atau adakah aku harus ketepikan semua hal tu, teruskan hidup seperti biasa, seperti tak ada apa-apa yang terjadi. Tumpukan kepada target masa hadapan, sibukkan diri dengan urusan lain, hadirkan diri dengan rakan-rakan yang selalu menyokong, yang selalu ada di samping ku.Adakah aku dapat melakukan semua itu?? Seperti yang aku cakap awal tadi, susah owh nak lupakan dan ketepikan perasaan nie, aku nie bukan jenis hati yang kental, and i'm not a perfect man.

'Masa depan dan pelajaran lebih penting daripada cinta jie', ayat yang selalu mak aku selalu nasihat kepadaku, memang lah, masa depan yang cerah memang sangat penting, lebih-lebih lagi pada era sekarang nie, masing-masing bersaing dan berusaha sehabisnya dalam mencari kesenangan dunia, tapi bagaimana kalau masa depan ku adalah dia? korang faham jugak kan. Jadi aku harus buat macam mana, aku tak pernah lagi jumpa wanita sepertinya, this is the 1st time la begitu, and i like her, and i love her. she's one in a million.

Hehe, sori la kalau aku sampai terbawak-bawak. Lepas berfikir-fikir sejenak, aku rasa lebih baik aku berfikir secara matang. Lebih baik sekarang aku just folloe the flow. Kekalkan hubungan kami sebagai kawan, berada di sampingnya, di masa dia perlukan aku, sentiasa temani hatinya disaat dia kesunyian, sentiasa hiburkan hatinya disaat dia keresahan, dan sentiasa menyayanginya walau dengan apa cara sekalipun, oh, dan jangan sesekali lukai hatinya, betul tak. Aku yakin dengan falsafah orang dulu-dulu, tapi masih digunakan gak orang sekarang,'kalau ada jodoh takkan kemana'. So, sekarang just enjoy hari-hari bersamanya, nikmati setiap saat bersamanya. Satu hari nanti, bila masanya dah tiba, aku pasti akan curahkan semua perasaan yang suda terlalu lama terpendam kepadanya. Insya Allah.
Share this article :

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger