Negara paling aman di dunia – Statistik baru yang Admin perolehi tentang negara paling aman di dunia. Mungkin dikalangan pembaca sudah tahu. Tapi Admin nak kongsi juga untuk pembaca yang belum tahu. Sesi menambah pengetahuan sekali lagi.
Statistik negara paling aman di dunia 2012 ini telah dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2012, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-20 bagi negara paling selamat dan aman di dunia berbanding 156 negara lain. Itu merupakan statistik tahun 2012, berbanding pada tahun 2011 lalu Malaysia berada di tangga yang ke 22.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.
Manakala jika di rantau Asia Tenggara, kita merupakan negara yang paling aman meninggalkan Singapura dan Vietnam.
Sepuluh negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai itu ialah Iceland, yang merupakan negara paling aman, diikuti Denmark, New Zealand, Canada, Jepun,Austria, Ireland, Slovenia, Finland, Switzerland.
Alhamdulillah, walaupun Malaysia belum termasuk top 10 negara paling aman di dunia, tapi sudah memperbaiki kedudukan berbanding tahun sebelum ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dengan keamanan negara ini. Walaupun kita hidup berbilang bangsa dan agama mahupun politik, itu tidak menjadi penghalang untuk kita hidup aman, tolong-menolong antara satu sama lain.
Kita doakan semoga negara Malaysia akan semakin aman dan memperbaiki kedudukan menjadi top 10 negara paling aman di dunia pada tahun-tahun yang mendatang. Tiada siapa yang dapat mengubahnya kecuali rakyat Malaysia sendiri.
+ comments + 1 comments
semua PR punya angkara, kasi huru hara sana sini, elok2 sebelum ni aman.....ranking belas2 pun jadi la....
Post a Comment