Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

SENARAI NYAH TERCANTIK DAN TERCOMEL DI DUNIA!

Saturday, January 12, 2013 | comments (1)

SENARAI NYAH TERCANTIK DAN TERCOMEL DI DUNIA | Apa yang ada di dalam fikiran anda ketika mendengar kata “pondan”? 

Tentu anda akan berfikir bahawa pondan itu adalah seorang lelaki yang memiliki sifat perempuan dan cuba hendak jadi wanita.

Berikut ini adalah beberapa pondan-pondan yang memiliki wajah cantik dan comel :

1. Harisu – Korea Selatan

2. Sirapassorn Atthayakorn  – Thailand

3. Nong Poy – Thailand

4. Alicia Liu – Taiwan

TIPS MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU!

Wednesday, December 19, 2012 | comments

TIPS MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU | Umum mengetahui rokok itu memudaratkan dan haram di sisi agama. Namun, masih ramai yang masih berkeras untuk meneruskan tabiat yang langsung tidak berfaedah ini.

Bukan nak mengata cuma untuk berpesan kepada diri sendiri dan kaum kerabat. Mazeer mengaku, Mazeer juga seorang perokok dan sedang berusaha untuk menghentikan tabiat yang membazir, menjejaskan kesihatan dan jelas sekali HARAM di sisi agama.

Aminkan doakan saya okay. "YA ALLAH, SEMOGA MAZEER diberi petunjuk dan kekuatan untuk berhenti merokok selama-lamanya".

AMIN.

Gambar menunjukkan situasi sebenar kasih sayang antara perokok.

Baiklah, Mazeer memang selalu sangat jadi mangsa PAU rokok ni. Tak kisah la, orang Malaysia ke, Orang Korea ke, Orang Amerika ke, semua pernah

PAU rokok Mazeer. Al-maklumlah, muka jambu dan baik hati. HAHAHAHA!

Statistik dia macam ni, Kawan-kawan paling banyak PAU, Rakan sekerja medium dan orang tak dikenali jarang-jarang.

KAWAN > RAKAN SEKERJA > STRANGERS

Kat mana pulak strangers nak PAU?

Dekat KLIA atau LCCT dan di mana-mana tempat pun ada adengan PAU MEMPAU ni. Bangla pun pernah PAU beb!

Rokok ni penyakit, orang mintak penyakit, bagi je la.

Baiklah, jom kita baca tips dan cara-cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan rokok anda kena PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT

1. Tak payah tunjukkan kotak rokok anda kepada member-member. Beli rokok murah untuk spare. Kalau ada member yang mintak, bagi rokok John, Zone King, Canyon dan sebagainya. Simpan Dunhill, Winston dan Marlboro tu untuk masa depan. (Itupun kalu nak bagi la. Tak payah bagi lagi bagus.)

2. Kalau nak tidur, jangan ampai rokok anda merata. Bawak tidur sekali simpan bawah bantal. Sebab, kalau ada member perokok tegar duduk kat rumah dan selalu sangat kehabisan rokok, pasti rokok anda menjadi mangsa utama.

3. HATI KERING. Orang mintak, cakap tak ada walaupun sebenarnya ada. Lantak diorang nak cakap apa.

4. Masa makan kat kedai makan atau kedai mamak, jangan sesekali letak rokok kat meja makan. Nanti member-member sekeliling berpendapat rokok itu adalah rokok kawan-kawan dan untuk kawan-kawan. Nak hisap, keluarkan sebatang dan simpan balik dalam poket atau beg.

5. TIPU. Kalau ada member mintak masa anda merokok tu, cakap anda beli batang-batang kat kedai Mas Sukardi, Kedai Tok Moh dan kedai-kedai yang berdekatan dengan rumah anda.

6. Spare kotak rokok yang kosong. Letak 2 batang dalam tu. Simpan selebihnya. Sebab, kebanyakan perokok akan berfikir dua tiga kali untuk MENGEPAU rokok member yang tinggal sebatang dua.

7. EKSTREM. Renyuk-renyuk dan buruk-burukkan kotak rokok anda supaya nampak macam kotak rokok lama. Kalau ada member mintak, automatik terus buang ke lantai atau ke tong sampah cakap yang kotak je tinggal dan kebetulan nak buang.

8. JUJUR. Cakap jujur je anda tak nak bagi dan suruh lahanat tu beli sendiri. Ini memerlukan keberanian dan ketulusan hati. CEWAH!

9. PAU SEBELUM ANDA KENA PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA

1. Masa pergi SMOKING BREAK tu, bawak sebatang je. Tak bawak lighter pun takpe. PAU je lighter perokok-perokok tegar kat situ.

2. Tak payah nak peramah sangat dengan pekerja-pekerja tu semua. Sebab, silap hari bulan nanti kau akan kena PAU. Risiko kena PAU akan meningkat sekiranya anda mengenali mereka.

3. Tak perlu la nak senyum-senyum dengan orang-orang tempat anda rehat tu. Buat muka ketat je. Sebab, kemungkinan besar mereka sedang mencari mangsa untuk DIPAU. Nampak je PENGEPAU, terus jauhkan diri anda.

4. Kalau pekerja lain tanya ada rokok lebih ke tak, cakap je tak ada. Rokok lebih mestilah ada kan. Bergantung pada kita je nak bagi dia atau tidak.

5. Kalau ada panggil nak mintak rokok, pura-pura tak dengar je. Itu adalah panggilan misteri yang akan mengurangkan lagi rokok anda.

6. Kalau berani sangat, tegur je. Kita sama-sama kerja. Gaji kau lagi tinggi dari gaji aku. Belilah rokok, BAHALUL.

7. Tak payah lepak la dalam keramaian tu semua. Korang ambil port korang sendiri.

8. Bila ada orang tanya ada rokok lebih ke tak, korang selambe je jawab, takde dan belum beli lagi. Pastu tanya balik dia ada rokok lebih tak.

9. Kalau awek atau bini korang merokok, korang tak payah beli rokok. PAU JE ROKOK DIORANG. HAHAHAHA!

Tips ke-10 yang 100% berkesan untuk CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT dan CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA adalah BERHENTILAH MEROKOK DAN ANDA AKAN DAPAT MENJIMATKAN ROKOK ANDA, MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA DAN JUGA ORANG SEKELILING ANDA.

Sekian sahaja tips dari Mazeer Mohamad yang berbibir pink dan jambu ni.

HAHAHAHA!

GADIS COMEL INI SANGGUP BOGEL ANDAI MALAYSIA KALAH KEPADA BANGLADESH!

Wednesday, November 21, 2012 | comments (1)

Malam tadi telah berlangsungnya pertarungan persahabatan bola sepak di antara pasukan Harimau Malaya menentang Bangladesh dengan keputusan akhir adalah seri 1-1.

Nasib baik seri. Kalau buatnya Bangladesh menang, tidak tahulah apa akan jadi.

Mengapa apa penulis berkata demikian? Mari lihat sebabnya..

Seorang gadis Melayu memuat naik status di wall Facebook bahawa dia sanggup berbogel jika pasukan Bangladesh menang pada malam semalam!


Tidak tahulah apa yang membuatkan dia ini sanggup mengambil keputusan sehingga begitu sekali.
Malah, dia juga ada menulis di Facebooknya ‘Kalau bangla menang mlm… i sanggup buka…’

Tidak pastilah pula apa yang sanggup dibukanya itu…kalau melihat kepada status pertamanya…maka dia bermaksud mungkin mahu membuka semua pakaiannya kot…

Apa yang penting gadis ini seperti tidak fikir panjang semasa memuat naik status Facebooknya. 

Teringat kisah mamat bernama Johari Pain yang berjanji mahu mengerat anunya jika Pandelela Rinong menang sebarang pingat di Olimpik London lalu.


Nasib baiklah pasukan Malaysia hanya mampu seri dengan Bangladesh. Jika tidak, apakah gadis ini akan berani mengotakan janjinya itu?

Dan kalau pasukan Bangladesh tahu lebih awal janji Eva tu, mungkin mereka telah bermain lebih hebat, total football sehingga menang agaknya.

Nampaknya Eva patut mengucapkan terima kasih kepada Harimau Malaya kerana telah menyelamatkan ‘maruahnya’ daripada menjadi tatapan umum!

Cerita Si Ayah Hampir Menodai Anak Daranya

Friday, November 9, 2012 | comments





Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Siti : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)
Bapak : Bapak kata.....
Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.  Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...
Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam selimut bapak plak.
Siti : Apa?!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Siti, tengok ni

Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

Sumber

Lawak Suara Wanita

Wednesday, November 7, 2012 | comments



Assalamualaikum. Sebelum anda membaca cerita di bawah, saya mohon kepada anda untuk kuatkan iman anda dan jangan terlalu kuat ketawa. Kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit kencing pahit. Muahahahaha

Ceritanya begini :-

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab panggilan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah si suami habis-habisan kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi". 


Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger