Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai ''KK'', juga dulu dikenali sebagai Jesselton merupakan ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, menghadap Laut Cina Selatan ia merupakan pusat perdagangan,pentadbiran,peranginan,pendidikan dan perindustrian yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000. Kota Kinabalu adalah salah satu bandar yang paling cepat membangun di Malaysia.
Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai British North Borneo pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil Api-Api. Petempatan tersebut bertukar nama kepada Jesselton sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri British North Borneo, musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.
ps : - jika korang pergi bandar KK, jangan lupa singgah di Jesselton Point (JP), ada banyak restoran tepi jeti, dan boleh sap-isap shisha, :)
Kinabalu diambil dari perkataan Aki Nabalu dalam bahasa Dusun, yang bermaksud tempat orang mati yang keramat. Aki bermaksud keturunan atau nenek moyang, maksud Nabalu pula ialah sebuah gunung dalam bahasa Dusun. Ada juga yang berpendapat Ki bermaksud ada atau hadir, dan Nabalu bermaksud, semangat atau hantu.
Kota Kinabalu berukuran seluas 351 km persegi. Kawasan ini termasuk Tanjung Aru dan Kepayan di bahagian selatan, Sepanggar dan Telipok di bahagian utara, dan termasuk lah Penampang, Dogongan, Putatan, Papar, Kinarut, Tuaran, Tamparuli ( tarikan utama di tamparuli adalah jambatan tamparuli ).
Kenanyakan bangsa yang tinggal di kota kinabalu termasuk lah, Melayu, Kadazan, Dusun, Tausug, Bajau, Cina, India, dan bumiputra yang lain.
Post a Comment