JENIS-JENIS HANTU YANG POPULAR DI MALAYSIA!

Sunday, December 30, 2012 | comments (1)

HANTU MOMOK YANG POPULAR DI MALAYSIA | Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama. 

Dalam kalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-


1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.

Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.


2. Langsuir - perempuan

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.

Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.



3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri.

Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.


4. Pelesit - boleh dipelihara

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.


5. Hantu air - dalam air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.


6. Hantu raya - boleh dipelihara

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Cara mengambilnya ialah : AMBIL KAT POKOK KELAPA YANG DIPANAH PETIR

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.


7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.


8. Polong 

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. 

Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.


9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.

Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebua kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. 

Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.

Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. 

Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.

Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. 

Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.


10. Bajang - makhluk aneh

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.


11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.

Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. 

Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian Sungai Tekali

Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.

Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.


12. Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.

Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.

Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).


13. Hantu bukit

Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.


14. Hantu kubur

Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. 

Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

Cara mengambilnya ialah: tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah


15. Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. 

Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.


16. Hantu punjut

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.


17. Jerangkung

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. 

Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.


18. Hantu laut

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.


19. Hantu galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.


20. Jin Tanah

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).

Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. 

Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.


21. Hantu Keramat

Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.


22. Hantu Kum-Kum

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jilbab.


24. Orang minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.

Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.


25. Puaka

Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.


26. Penanggalan

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.


27. Pocong

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.


28. Hantu bidai

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.


29. Hantu kopek

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.


30. Harimau jadian

Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.


31. Jembalang tanah

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.


32. Hantu tengelong

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. 

Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

TUTORIAL UNTUK MENYERU HANTU DAN JIN!

Saturday, December 29, 2012 | comments


CARA DAN TUTORIAL UNTUK MENYERU HANTU DAN JIN | Berikut merupakan cara popular yang manusia gunakan untuk menyeru dan memanggil hantu, jin dan makhluk halus agar menzahirkan rupa bentuknya.

  1. Ajak dua orang member, kemudian pergi tempat yang orang kata berhantu. kemudian cuba bercerita tentang hantu. biasanya makhluk2 halus suka mendengar cerita mengenai meraka, biasanya mereka ada di belakang orang yang bercerita
  2. Ambil hati monyet yang masih segar secukupnya terus bakar hati tersebut menjadi arang, tumbuk sampai menjadi halus. Setelah itu sapukan arang tadi tersebut ke kedua kelopak mata anda.  Biasanya setelah itu anda akan secara live melihat hal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
  3. Duduk seorrang diri di tempat yang di anggap berhantu tanpa memakai seurat benang.
  4. Gunakan payung. Buka payung anda dan berteduh dibawahnya. lakukan seorang diri dan dimalam hari
  5. Ambil seketul belacan dan bakar di tempat yang biasanya di anggap keras.  ini kerana jin marah dgn bau belacan

Selamat Mencuba.

Koleksi Ikan Pelik

Friday, December 28, 2012 | comments

Koleksi ikan-ikan yang pelik. Bila nampak gambar ni, terbuka minda kita betapa besarnya kuasa Allah, langsung kita menyebut, Allahuakbar Allah maha besar.

















Kisah Suami Isteri Dengan Lilin

| comments





Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

Terbaik! Restoran Atas Pokok

| comments


Terbaik! Kalau nak kata rumah atas pokok tu memang biasa kita dengar, tapi cuba restoran atas pokok, penah nampak? Gambar-gambar ni membuktikan segalanya tidak mustahil orang bilang. :)





Suami Merajuk Tinggal Atas Pokok 9 Bulan

| comments


MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya.

Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.

Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan.

Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.

Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.

Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.

Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.

“Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya.

Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu.

KAITAN THE HOBBIT DAN LORD OF THE RING DENGAN KIAMAT!

| comments


THE HOBBIT, LORD OF THE RING DAN AKHIR ZAMAN | Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. 

Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinNya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk dikongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imaginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan di dalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.

Mordor = Markas dajjal Laknatullah

Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia. 

Sauron = All Seeing Eyes = The False Messiah 


The All of Seeing Eye 

Dinding = Isengard 

Witch king = Yajuj & Majuj 

Gandalf = Imam Mahdi 

Aragorn = Isa almasih 

Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar 

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah. 

Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan dibangun oleh Illuminati) 

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini? Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti. Mungkinkah ini strategi ATASBAWAH? Iaitu strategi dimana akan membuatkan penonton berfikir bahawa "semua ini hanyalah fiksyen semata-mata". Penonton perlu ingat bahawa agama Islam, Kristian dan bangsa Yahudi mempunyai sejarah yang sangat rapat. Justeru untuk mengatakan ia satu kebetulan sahaja, adalah satu mustahil.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah disusun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapi majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah mensia-siakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita filem LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam filem LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat diperlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akhir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Aragorn sebagai pemimpin yang berjuang menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajjal laknatullah.

5. Juga, terdapat seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran. Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu diangkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahdi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai-berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam. Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahawa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini


Filem ini, bagi yang tahu kaitan antara kisah Yakjuj Makjuj dan suatu bangsa dari Tembok Darial pasti akan menyedari persamaan jalan cerita - Tema cerita "suatu kaum minoriti dari bawah tanah, yang cuba pulang ke tanah air mereka untuk memperoleh kemerdekaan" seperti "minoriti Yahudi dari Eropah yang kembali ke The Holy Land untuk membentuk sebuah negara baru yang kononnya tanah asal mereka."

Wassalam.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger