Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Suami Merajuk Tinggal Atas Pokok 9 Bulan

Friday, December 28, 2012 | comments


MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya.

Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.

Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan.

Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.

Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.

Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.

Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.

“Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya.

Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu.

TEKAP MUKA PADA KEMALUAN SYARAT USTAZ BOMOH!

Saturday, December 22, 2012 | comments (1)


TEKAP MUKA PADA KEMALUAN MERUPAKAN SYARAT PELIK USTAZ BOMOH | KUALA TERENGGANU : Dia menggunakan teknik perubatan pelik dengan meraba, menekap muka pada kemaluan selain mensyaratkan pesakit tidak memakai seluar dalam ketika bertemu sebelum meminta mangsa mencium pipi selepas rawatan selesai.

Walaupun pelik, mangsa yang percaya dengan teknik rawatan itu itu tidak membantah kerana percaya ia amalan perubatannya namun kegiatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang gadis juga pelajar sebuah sekolah menengah di Gong Badak, dekat sini, merasakan dirinya terpedaya dengan perbuatan jijik ‘bomoh miang’ berkenaan.

Gadis berusia 17 tahun itu sebelum ini mengadu masalah mengenai teman lelakinya yang mengalami gangguan pada sarafnya kepada penceramah motivasi yang bertandang ke sekolahnya.

Kesempatan itu digunakan lelaki digelar ‘ustaz’ berusia 38 tahun itu untuk menghubunginya dan menawarkan diri bertandang ke rumah mangsa, 21 Mei lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, lelaki berkenaan turut meminta mangsa tidak memberitahu kedatangannya kepada sesiapa kerana mendakwa rumahnya didiami jin dan perlu dihalau segera.

“Akibatnya, mangsa diminta menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam sementara menunggu mangsa tiba di rumah mangsa di Gong Badak kira-kira jam 4.30 petang ketika ahli keluarga lain tiada di rumah,” katanya.

Harian Metro difahamkan, sebaik lelaki berkenaan tiba, mangsa terus membuka pintu sebelum suspek meletakkan tangan di dada lalu memeluk, memegang punggung dan meramas buah dada serta mengusap kemaluan gadis berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, suspek menekap mukanya pada kemaluan mangsa sebelum meminta dua botol air disediakan untuk dijampi.

Manoharan berkata, mangsa memberikannya dan lelaki berkenaan membaca sesuatu sebelum dia keluar dari rumah sebaik saja meminta gadis terbabit mencium pipinya.

“Mangsa tidak melawan ketika itu kerana percaya ia syarat perubatan, namun beberapa hari selepas itu dia menceritakan teknik rawatan itu kepada seorang fasilitator dan dimaklumkan perbuatan itu satu penyelewengan dalam perubatan Islam.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dimaklumkan lelaki terbabit sudah ditamatkan perkhidmatan kerana masalah disiplin menyebabkan dia berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu,” katanya.

Ekoran laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menjalankan gerakan memburu dan mangsa serta beberapa kakitangan agensi terbabit memasang jerat meminta bomoh terbabit kembali ke rumahnya untuk berubat kali kedua.

Difahamkan, suspek yang bertandang ke rumah mangsa kira-kira jam 2 pagi kononnya untuk meneruskan ‘rawatan’ ditahan di rumah mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Manoharan berkata, lelaki berkenaan kini direman sehingga 3 Jun ini.

TIPS MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU!

Wednesday, December 19, 2012 | comments

TIPS MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU | Umum mengetahui rokok itu memudaratkan dan haram di sisi agama. Namun, masih ramai yang masih berkeras untuk meneruskan tabiat yang langsung tidak berfaedah ini.

Bukan nak mengata cuma untuk berpesan kepada diri sendiri dan kaum kerabat. Mazeer mengaku, Mazeer juga seorang perokok dan sedang berusaha untuk menghentikan tabiat yang membazir, menjejaskan kesihatan dan jelas sekali HARAM di sisi agama.

Aminkan doakan saya okay. "YA ALLAH, SEMOGA MAZEER diberi petunjuk dan kekuatan untuk berhenti merokok selama-lamanya".

AMIN.

Gambar menunjukkan situasi sebenar kasih sayang antara perokok.

Baiklah, Mazeer memang selalu sangat jadi mangsa PAU rokok ni. Tak kisah la, orang Malaysia ke, Orang Korea ke, Orang Amerika ke, semua pernah

PAU rokok Mazeer. Al-maklumlah, muka jambu dan baik hati. HAHAHAHA!

Statistik dia macam ni, Kawan-kawan paling banyak PAU, Rakan sekerja medium dan orang tak dikenali jarang-jarang.

KAWAN > RAKAN SEKERJA > STRANGERS

Kat mana pulak strangers nak PAU?

Dekat KLIA atau LCCT dan di mana-mana tempat pun ada adengan PAU MEMPAU ni. Bangla pun pernah PAU beb!

Rokok ni penyakit, orang mintak penyakit, bagi je la.

Baiklah, jom kita baca tips dan cara-cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan rokok anda kena PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT

1. Tak payah tunjukkan kotak rokok anda kepada member-member. Beli rokok murah untuk spare. Kalau ada member yang mintak, bagi rokok John, Zone King, Canyon dan sebagainya. Simpan Dunhill, Winston dan Marlboro tu untuk masa depan. (Itupun kalu nak bagi la. Tak payah bagi lagi bagus.)

2. Kalau nak tidur, jangan ampai rokok anda merata. Bawak tidur sekali simpan bawah bantal. Sebab, kalau ada member perokok tegar duduk kat rumah dan selalu sangat kehabisan rokok, pasti rokok anda menjadi mangsa utama.

3. HATI KERING. Orang mintak, cakap tak ada walaupun sebenarnya ada. Lantak diorang nak cakap apa.

4. Masa makan kat kedai makan atau kedai mamak, jangan sesekali letak rokok kat meja makan. Nanti member-member sekeliling berpendapat rokok itu adalah rokok kawan-kawan dan untuk kawan-kawan. Nak hisap, keluarkan sebatang dan simpan balik dalam poket atau beg.

5. TIPU. Kalau ada member mintak masa anda merokok tu, cakap anda beli batang-batang kat kedai Mas Sukardi, Kedai Tok Moh dan kedai-kedai yang berdekatan dengan rumah anda.

6. Spare kotak rokok yang kosong. Letak 2 batang dalam tu. Simpan selebihnya. Sebab, kebanyakan perokok akan berfikir dua tiga kali untuk MENGEPAU rokok member yang tinggal sebatang dua.

7. EKSTREM. Renyuk-renyuk dan buruk-burukkan kotak rokok anda supaya nampak macam kotak rokok lama. Kalau ada member mintak, automatik terus buang ke lantai atau ke tong sampah cakap yang kotak je tinggal dan kebetulan nak buang.

8. JUJUR. Cakap jujur je anda tak nak bagi dan suruh lahanat tu beli sendiri. Ini memerlukan keberanian dan ketulusan hati. CEWAH!

9. PAU SEBELUM ANDA KENA PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA

1. Masa pergi SMOKING BREAK tu, bawak sebatang je. Tak bawak lighter pun takpe. PAU je lighter perokok-perokok tegar kat situ.

2. Tak payah nak peramah sangat dengan pekerja-pekerja tu semua. Sebab, silap hari bulan nanti kau akan kena PAU. Risiko kena PAU akan meningkat sekiranya anda mengenali mereka.

3. Tak perlu la nak senyum-senyum dengan orang-orang tempat anda rehat tu. Buat muka ketat je. Sebab, kemungkinan besar mereka sedang mencari mangsa untuk DIPAU. Nampak je PENGEPAU, terus jauhkan diri anda.

4. Kalau pekerja lain tanya ada rokok lebih ke tak, cakap je tak ada. Rokok lebih mestilah ada kan. Bergantung pada kita je nak bagi dia atau tidak.

5. Kalau ada panggil nak mintak rokok, pura-pura tak dengar je. Itu adalah panggilan misteri yang akan mengurangkan lagi rokok anda.

6. Kalau berani sangat, tegur je. Kita sama-sama kerja. Gaji kau lagi tinggi dari gaji aku. Belilah rokok, BAHALUL.

7. Tak payah lepak la dalam keramaian tu semua. Korang ambil port korang sendiri.

8. Bila ada orang tanya ada rokok lebih ke tak, korang selambe je jawab, takde dan belum beli lagi. Pastu tanya balik dia ada rokok lebih tak.

9. Kalau awek atau bini korang merokok, korang tak payah beli rokok. PAU JE ROKOK DIORANG. HAHAHAHA!

Tips ke-10 yang 100% berkesan untuk CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT dan CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA adalah BERHENTILAH MEROKOK DAN ANDA AKAN DAPAT MENJIMATKAN ROKOK ANDA, MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA DAN JUGA ORANG SEKELILING ANDA.

Sekian sahaja tips dari Mazeer Mohamad yang berbibir pink dan jambu ni.

HAHAHAHA!

LELAKI DISEMBELIH KERANA MENCURI KUDA!

Tuesday, December 11, 2012 | comments


LELAKI DISEMBELIH KERANA MENCURI KUDA | Tidak dapat dikenal pasti di mana dan bila kes ini terjadi. Lihatlah betapa kejamnya manusia memperlakukan manusia lain hanya kerana seekor kuda.

Pihak kami memohon maaf sekiranya gambar yang dipaparkan agak kurang sesuai dan agak 18SG. Kami hanya ingin berkongsikan maklumat mengenai kes ini.

Semoga kejadian ini memberi peringatan dan pengajaran kepada kita agar tidak mengambil barang milik orang dan mencampuri urusan ataupun hak orang lain.



10 Lelaki Terpintar Sepanjang Masa

Saturday, November 10, 2012 | comments




KETAMPANAN lelaki saja tak cukup untuk menarik perhatian perempuan. Sekarang, lelaki pintar kelihatan lebih seksi di mata perempuan. Kepintaran menjadi tarikan, tidak saja bagi lawan jenis, tapi juga menjadi penentu kejayaan bidang yang diceburi. Lalu, siapa saja lelaki yang mempunyai otak cair? Inilah sepuluh lelaki terpintar di dunia.

1. Matt Damon
Matt sudah menunjukkan kepintarannya sejak Sekolah Rendah,Menegah dan Universiti.. Pelakon yang selalu memikat lewat akting-lakonannya ini belajar bahasa Inggeris di Harvard University.

2. Quentin Tarantino
Pengarahfilem dari Amerika yang berjaya membuat filmnya laris seperti Kill Bill dan Inglorius Basterds ini mempunyai IQ 160. Wow!

3. Steve Martin
Banyak orang mengenalnya sebagai pelakon yang pintar berwatak lucu. Namun, ternyata ia tak hanya lucu, ia juga pintar, dan mempunyai IQ 142.

4. dolph Lundgren
Pelakon Sweden ini dikenali melalui wataknya di filem yang 'berdarah-darah'. Namun pelakon yang juga pengarah dan handal dalam seni bela diri ini punya IQ 160.

5. Arnold Schwarzenegger
Gabenor California dan bintang The Terminator ini punya IQ 135. Tak hanya badan sasa, otak juga cerdas.

6. Bill Clinton
Politik dan bekas Presiden Amerika Syarikat ini mempunyai IQ 137.

7. Albert Enstein
Penemu teori relativitas yang dikenali sangat genius ini mempunyai IQ 160.

8. Bill Gates
CEO Microsoft ini boleh dikatakan 'sebelas-dua belas' dengan Einstein. IQ-nya 160.

9. Stephen Hawking
Hawking dikenali dengan teori kosmis dan physicist yang kontroversial. Sebahagian orang akan menyemak teori yang muncul dari otaknya yang ber-IQ 160 ini.

10. Gary Kasparov
Boleh dikatakan, dialah lelaki yang paling genius ketikat ini. Bayangkan, grandmaster catur daril Rusia ini mempunyai IQ 190.Amazing!
Sumber

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. azripremium - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger